Sabtu, 15 Oktober 2011

Penternakan Burung Budgie

Burung Budgie....

Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.
Perbezaan English dan Normal budgie ini selain dari namanya?

Saiz badan adalah yang paling mudah utk membezakan English dari normal budgie. English mempunyai saiz badan yg lebih besar iaitu hampir 2x ganda dari normal budgie.Kepala yg lebih besar. Bulu mask dan jendul nya lebih tebal dan panjang dari budgie biasa. Lebih dikenali dgn lionhead.

Cam mana nak tau jantan betina budgie ni?

Budgie betina cere dia warna coklat. yang warna biru tu jantan...

ini gambar budgie yg belum matang lagi. lihat warna pada "cere"yg ni warna ketika dalam breeding mood. "cere" berwarna brown
Jika hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Wujudkan suasana selamat agar burung itu rasa lebih terjamin dan membolehkan budgie cepat dia akan mula membiak. Budgie sangat territorial bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan kalanya menyebabkan kecederaan serius.

Kebiasaannya budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada yang juga yang bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji. Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya. Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepasa ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh hidup sehingga 20 hari.Tidak semua telur menetas serentak. Budgie menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu daripada anak yang keenam. Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu yg mana menetas dulu.
Pasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar. Namum persaingan mendapatkan makanan dari parents biasanya meyebabkan anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbb kecederaan fizikal.
Asingkan anak mengikut saiz hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum. Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada pasangan yang masih mengeram )Najis anak yg sedang membesar boleh rosakkan telur yg belum menetas... Keluarkan telur yang belum mentas sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox. Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.

kena pisahkan. kalau tak parents dia akan bunuh anak2 mereka. mrk nak gunakan sarang yg sama untuk bertelur seterusnya. agak2 bulu anak dah nampak sempurna penuh dan dah pandai mematuk sikit, bolehlah asingkan. kena perati betul2 masa dalam tempoh parents mengasuh anak2nya tu. mrk akan bersilih ganti menyuap makan kpd anak mrk. dalam pd tu mereka akan mengwan juga. haaa! masa ni kena jaga. dia dah mengawan maknaya 2 -3 hari lagi mrk mesti nak bertelur. maka cepat2 keluarkan anak dari kotak sarang. kalau tak yakin untuk asingkan ke sangkar lain tak per. boleh di dlam sangkar yg sama tp mesti di luar kotak sarang.
Tidak semua anak hidup

Menjadi lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, pemangsaan
Jika anda mendapati anak budgie anda masih mati, walaupun berbagai langkah telah diambil, kemungkinan besar pasangan tersebut mmg tidak pandai menjaga anak. Seperti manusia juga, ada budgie yang lebih berbakat jaga anak , namun ada juga yang langsung tidak tahu. Asingkan anak kepada ibu lain dan biar pasangan yg tidak pandai tu bertelur dan mengeram sahaja.

Budgie berasal dari benua Australia. Benua ini kering dan jarang menerima hujan. Purata hujan 10 tahun sekali menyukarkan burung budgie untuk membiak. Apabila hujan turun, makanan semujadi budgie bertambah. Pada masa inilah budgie akan mula membiak dengan banyak sekali. Selepas menghasil kan anak purata 5 ekor sepasang, budgie akan mula bertelur semula selepas itu. Budgie akan terus menghasilkan anak tanpa henti selagi makanan mencukupi

Pemberian makanan yang baik dan mendapat penjagaan yang sempurna dan dengan hanya meletakkan nestbox di dalam sangkar, ia akan merangsang budgie anda untuk membiak. walau apa jenis pun nest box, pastikan dasar lantainya berlekuk. gunanya supaya senang telur terlonggok setempat je. dan mengelakkan kaki anak burung cacat ( terkangkang) Nestbox ini bersaiz 8" x 8" x 8" plywood 12mm. Rasanya dah cukup besar untuk budgie breed. Penggunaan nestbox lebih banyak menghasilkan anak budgie yg survive. Sebagai contoh, kalau dalam tempurung kelapa survival anak average dalam 3 ekor sahaja. Nestbox pula membantu survival bilangan anak budgie yang lebih tinggi disebabkan ruang dalam yang lebih luas.

Budgie anda boleh membiak sepanjang tahun. Sekarang masalah anda bukan untuk membiak budgie tapi bagaimana nak mengawal pembiakan budgie. Setelah menghasilkan anak 2 -3 kali berturut-turut adalah dinasihatkan budgie anda direhatkan daripada membiak untuk sementara. Mengeluarkan nestbox dari sangkar adalah cara terbaik.

Jadual Breeding chart

ni breeding chart. budgie mengambil masa 18 hari untuk mengeram dan seterusnya menetaskan telur mereka. kalau dah lebih masa tu bermakna telur tak menjadi disebabkan beberapa perkara.katakan budgie mula mengeram pada 2hb Dec ( barisan paling atas), maka tarikh menetas adalah pada 20hb Dec ( pada baris kedua).

Budgie biasa berpasangan utk membiak. Tidak mustahil sekirangnya ade budgie yang berpoligami ( lebih dari satu pasang ) Dua jantan untuk satu betina atau sebaliknya. Ini akan menjamin survival anak yang tinggi. Tetapi ini amat jarang berlaku. Sebaik2nya lebihkan jantan dari betina. Sekiranya pergaduhan berlaku sesama jantan, ia tidak begitu serius, tetapi pergaduhan sesama betina boleh menyebabkan kecacatan atau kematian.

Kalau nak jinakkan burung kena sabar. Cara saya biasanya dengan makanan. Biar burung tu makan atas tangan tiap2 hari. Paling kurang tiga kali sehari. Tak sampai seminggu nanti burung2 dah tak takut dengan kita. masuk je reban berkumpul burung datang dekat kita. . Burung-burung ni bijak kerana kita bukan ancaman pd dia tapi sumber makanan untuk diberikan pada budgie...

Makanan Budgie

campurkan sekoi + oat, 70% sekoi, 30% oat, kalau byk oat akan cirit-birit....sekoi banyak tak kisah tahi kering dan burung pun kenyang, tahan lama sikit...

Berikut adalah beberapa makanan yang disarankan oleh pemilik budgie.

01- Kambu Putih sebotol
02- Oat segera + Biskut kering sebekas
03- Kacang Hijau hancur sebekas
04- Selasih sebekas
05- Dedak (telur) + jagung hancur sebekas
06- Tulang sotong 3 keping (tulang sotong ader jual kat kedai ubat cina klau x dapat kat petshop)
07- Spray millet seminggu skali 10 tangkaiboleh
08- Roti gardenia sekeping sehari (spray dengan air supaya lembab sikit) Tetapi kalau burung ada cirit jangan bagi roti basah.
09- Jagung mentah seminggu 2 tongkol
10- Buah seminggu skali
11- Sayur hijau kadang2 atau rumput liar (barulah bulu nyer berkilat cantik)
12- Telur rebus hari2 (baru nak blajar makan)
13- Nasi kadang2
14- Kacang hijau (Rendam dahulu selama 12 jam untuk lembut/kembangkan kacang hijau)
15- Dedak ayam HITAM (Untuk menggemukkan dan merpercepatkan tumbesaran burung)

*Note: Makanan segar ni cepat basi, kalau tak habis dalam masa 24 jam eloklah dibuang sahaja.

Ni ubat-ubat yg diberikan pada Budgie

nicilin-505 (poultry medicine) & pets vitaminnicilin-505 untuk cirit-birit, selsema, penyakit system nafaspets vitamin pula utk kesakitan, sebelum hamil, selepas bersalin dan x berselera.




Sumber : Bukandoktorveterinar

0 comments:

Catat Ulasan