Jumaat, 14 Oktober 2011

Cara-Cara Membiakkan Budgie

LANGKAH PERTAMA : KENALPASTI JANTINA BUDGIE

Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’ atau senang ckp hidung la. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’.

Budgie Jantan matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple. Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda. Lihat gambar di bawah.


Budgie betina mempunyai cere yang berwarna coklat semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna putih kebiruan sekiranya tidak berada dalam breeding condition. Ni contoh budgie betina.


LANGKAH KEDUA : SEDIAKAN AVIARY YANG SESUAI

Jika hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Wujudkan suasana selamat agar burung itu rasa lebih terjamin dan membolehkan budgie cepat membiak. Budgie sangat ganas dan agresif bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan ada kalanya menyebabkan kecederaan serius.



Nestbox boleh didapati dikedai-kedai Pets dan boleh dibuat sendiri menggunakan sabut kelapa yang telah dibuang tempurung.


LANGKAH KETIGA: HADKAN TELUR KEPADA 6 HINGGA 7 BIJI SAHAJA

Kebiasaannya budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada juga yang bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji. Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya. Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepada ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh hidup sehingga 20 hari.Tidak semua telur menetas serentak. Budgie menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu daripada anak yang keenam.

Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu yg mana menetas dulu.


LANGKAH KEEMPAT: ASINGKAN ANAK MENGIKUT SAIZ

Pasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar. Namum persaingan mendapatkan makanan dari parents biasanya meyebabkan anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbbkan kecederaan fizikal.



Asingkan anak mengikut saiz. Hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum. Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada pasangan yang masih mengeram )Najis anak yg sedang membesar boleh rosakkan telur yg belum menetas… Keluarkan telur yang belum mentas sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox. Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.

LANGKAH KELIMA: ASINGKAN ANAK DENGAN PARENTS

Kita kena pisahkan anak dengan induk sebaik sahaja kita mendapati anak-anak tersebut sudah mula boleh makan sendiri. Kalau tak parents dia akan bunuh anak2 mereka. Mereka nak gunakan sarang yg sama untuk bertelur seterusnya.


Tidak semua anak hidup

Menjadi lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, atau pemangsaan.
Jika anda mendapati anak budgie anda masih mati, walaupun berbagai langkah telah diambil, kemungkinan besar pasangan tersebut mmg tidak pandai menjaga anak. Seperti manusia juga, ada budgie yang lebih berbakat jaga anak , namun ada juga yang langsung tidak tahu. Asingkan anak kepada ibu lain dan biar pasangan yg tidak pandai tu bertelur dan mengeram sahaja.



Budgie berasal dari benua Australia. Benua ini kering dan jarang menerima hujan. Purata hujan 10 tahun sekali menyukarkan burung budgie untuk membiak. Apabila hujan turun, makanan semulajadi budgie bertambah. Pada masa inilah budgie akan mula membiak dengan banyak sekali. Selepas menghasil kan anak purata 5 ekor sepasang, budgie akan mula bertelur semula selepas itu. Budgie akan terus menghasilkan anak tanpa henti selagi makanan mencukupi.



Pemberian makanan yang baik dan mendapat penjagaan yang sempurna dan dengan hanya meletakkan nestbox di dalam sangkar, ia akan merangsang budgie anda untuk membiak. Walau apa jenis nest box pun, pastikan dasar lantainya berlekuk. Gunanya supaya senang telur terlonggok setempat je, dan mengelakkan kaki anak burung cacat ( terkangkang).

 

Nestbox ini bersaiz 8″ x 8″ x 8″ plywood 12mm. Rasanya dah cukup besar untuk budgie breed. Penggunaan nestbox lebih banyak menghasilkan anak budgie yg survive. Sebagai contoh, kalau dalam tempurung kelapa survival anak average dalam 3 ekor sahaja. Nestbox pula membantu survival bilangan anak budgie yang lebih tinggi disebabkan ruang dalam yang lebih luas.



Budgie anda boleh membiak sepanjang tahun. Sekarang masalah anda bukan untuk membiak budgie tapi bagaimana nak mengawal pembiakan budgie. Setelah menghasilkan anak 2 -3 kali berturut-turut adalah dinasihatkan budgie anda direhatkan daripada membiak untuk sementara. Mengeluarkan nestbox dari sangkar adalah cara terbaik.

Sumber : Bukandoktorveterinar
               Ceritakini

0 comments:

Catat Ulasan