Sumber : Bukandoktorveterinar
Burung Budgie atau dikenali sebagai serindit di Kedah,Kelantan & Perlis ini
terdiri daripada pelbagai warna. Walaupun anda mula memelihara dengan
sepasang burung yang berwarna putih, tapi anak anaknya akan jadi
pelbagai warna. Jadi jangan risau tentang warnanya. Burung ini kini amat
laris dipasaran. ianya amat cantik dipelihara untuk hiasan rumah atau
lanskap taman.
Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih
dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya
menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru
tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.
Faktor penggelap menyebabkan warna budgie menjadi lebih gelap.
Budgie hijau yg tiada faktor penggelap dipanggil Normal Green.
1 faktor penggelap dipanggil Dark Green
2 faktor penggelap dipanggil Olive
Budgie biru yg tiada faktor penggelap dipanggil Sky Blue.
1 faktor penggelap dipanggil Cobalt dan
2 faktor penggelap dipanggil Mauve
Faktor
Kelabu Sama seperti faktor penggelap, faktor kelabu ibarat warna kelabu
dispray atas warna asal budgie tersebut. Budgie hijau akan kelihatan
hijau kekelabuan manakala budgie biru kan lebih nampak jelas warna
kelabunya.
Faktor Ungu Satu lagi warna tambahan pada warna asas.
Faktor ungu senang dikesan pada budgie biru tetapi sukar pada budgie
hijau. Budgie biru yg ade faktor ungu kelihatan lebih terang dgn warna
yg lebih menonjol kebiruannya.
Lutino & Albino Budgie ini cuma
ada warna asas sahaja sama ada putih atau kuning. Lutino warna kuning
dan Albino warna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang
bewarna merah.
Opaline ialah mutasi pada belang budgie. Budgie
opaline belangnya terbalik menjadikan belang hitam lebih nipis dan
belang putih lagi nampak tebal. Budgie yg normal (tidak opaline)
mempuyai belang hitam kunig/puith pada leher dan kepak. Budgie yg
opaline mempunyai warna hijau atau biru boleh dilihat pada bahagian
leher dan kepak. Opaline nampak berkepala cerah.
Spangle mempunyai
corak belang yg terbalik..Pada kepak budgie biasa belangnya ialah hitam
dgn putih sedikit dihujung tetapi spangle hanya ade belang putih atau
kuning dgn hitam sedikit dihujung.
Jom kita lihat kecantikan burung budgie dengan kepelbagaian warna ni.....
0 comments:
Catat Ulasan