Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Riyadh,Saudi Arabia- Jumaat- Satu hukuman bunuh kembali dan gantung telah dilaksanakan selepas Asar terhadap seorang lelaki Sudan yang telah melakukan jenayah bunuh,rompak,memperkosa wanita selepas kematian dan cubaan untuk meletupkan rumah wanita tersebut.Lelaki sudan itu juga didakwa kerana telah mencuri wang dari kediaman wanita tersebut sekitar SR 300 000.

![]() |
Kelihatan Mayat Sedang Dipacak Di Tiang Untuk Pengajaran Kepada Orang Ramai |
Hukuman ini telah diajatuhkan
berdasarkan keterangan dan dan bukti-bukti yang telah dikemukakan
sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tamyeez dan lelaki tersebut telah
sabit kesalahannya.Beribu-ribu penduduk rakyat Arab Saudi datang untuk
menyaksikan hukuman Allah ini dilaksanakan untuk mengambil pengajaran
dan iktibar di atas kesalahan yang dilakukan.Sesungguhnya hukum Islam
yang dilaksanakan adalah untuk mendidik dan mengajar manusia supaya
menjauhi jenayah dan maksiat-maksiat yang boleh menyebabkan kita
terperangkap melakukan jenayah.
Untuk pengetahuan,kami rakyat Malaysia yang
tinggal di sini juga berpeluang menyaksikan pelaksanaan hukuman ini
bagi mengambil pengajaran dan menimba pengalaman menyaksikan hukuman
secara live di dataran terbuka yang dipenuhi oleh rakyat yang
menyaksikan pelaksanaan tersebut.Beginilah keadaan suasana apabila
ribuan manusia datang untuk menyaksikan hukaman Allah.Semoga Allah
mengampuni lelaki Sudan tersebut dan kita semua…