Burung Budgie....
Budgie
cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas
kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau.
Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna
biru sahaja.
Perbezaan English dan Normal budgie ini selain dari namanya?
Saiz badan adalah yang paling mudah utk membezakan English dari normal
budgie. English mempunyai saiz badan yg lebih besar iaitu hampir 2x
ganda dari normal budgie.Kepala yg lebih besar. Bulu mask dan jendul nya
lebih tebal dan panjang dari budgie biasa. Lebih dikenali dgn lionhead.
Cam mana nak tau jantan betina budgie ni?
Budgie betina cere dia warna coklat. yang warna biru tu jantan...

ini gambar budgie yg belum matang lagi. lihat warna pada "cere"

yg ni warna ketika dalam breeding mood. "cere" berwarna brown

Jika hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak
dibiakkan mestilah berasa selamat. Wujudkan suasana selamat agar burung
itu rasa lebih terjamin dan membolehkan budgie cepat dia akan mula
membiak. Budgie sangat territorial bila mula bersarang. Budgie betina
terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan kalanya menyebabkan
kecederaan serius.

Kebiasaannya
budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada yang juga yang
bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji.
Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan
menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur
yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya.
Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepasa
ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh
hidup sehingga 20 hari.Tidak semua telur menetas serentak. Budgie
menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini
menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu
daripada anak yang keenam. Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu
yg mana menetas dulu.

Pasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang
paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar.
Namum persaingan mendapatkan makanan dari parents biasanya meyebabkan
anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbb
kecederaan fizikal.

Asingkan
anak mengikut saiz hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum.
Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak
mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih
kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga
anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada
pasangan yang masih mengeram )Najis anak yg sedang membesar boleh
rosakkan telur yg belum menetas... Keluarkan telur yang belum mentas
sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox.
Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan
bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.

kena
pisahkan. kalau tak parents dia akan bunuh anak2 mereka. mrk nak
gunakan sarang yg sama untuk bertelur seterusnya. agak2 bulu anak dah
nampak sempurna penuh dan dah pandai mematuk sikit, bolehlah asingkan.
kena perati betul2 masa dalam tempoh parents mengasuh anak2nya tu. mrk
akan bersilih ganti menyuap makan kpd anak mrk. dalam pd tu mereka akan
mengwan juga. haaa! masa ni kena jaga. dia dah mengawan maknaya 2 -3
hari lagi mrk mesti nak bertelur. maka cepat2 keluarkan anak dari kotak
sarang. kalau tak yakin untuk asingkan ke sangkar lain tak per. boleh di
dlam sangkar yg sama tp mesti di luar kotak sarang.
Tidak semua anak hidup
Menjadi
lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox
sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak
dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb
budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, pemangsaan
Jika
anda mendapati anak budgie anda masih mati, walaupun berbagai langkah
telah diambil, kemungkinan besar pasangan tersebut mmg tidak pandai
menjaga anak. Seperti manusia juga, ada budgie yang lebih berbakat jaga
anak , namun ada juga yang langsung tidak tahu. Asingkan anak kepada ibu
lain dan biar pasangan yg tidak pandai tu bertelur dan mengeram sahaja.

Budgie berasal dari benua Australia. Benua ini kering dan jarang
menerima hujan. Purata hujan 10 tahun sekali menyukarkan burung budgie
untuk membiak. Apabila hujan turun, makanan semujadi budgie bertambah.
Pada masa inilah budgie akan mula membiak dengan banyak sekali. Selepas
menghasil kan anak purata 5 ekor sepasang, budgie akan mula bertelur
semula selepas itu. Budgie akan terus menghasilkan anak tanpa henti
selagi makanan mencukupi

Pemberian makanan yang baik dan mendapat penjagaan yang sempurna dan
dengan hanya meletakkan nestbox di dalam sangkar, ia akan merangsang
budgie anda untuk membiak. walau apa jenis pun nest box, pastikan dasar
lantainya berlekuk. gunanya supaya senang telur terlonggok setempat je.
dan mengelakkan kaki anak burung cacat ( terkangkang)

Nestbox
ini bersaiz 8" x 8" x 8" plywood 12mm. Rasanya dah cukup besar untuk
budgie breed. Penggunaan nestbox lebih banyak menghasilkan anak budgie
yg survive. Sebagai contoh, kalau dalam tempurung kelapa survival anak
average dalam 3 ekor sahaja. Nestbox pula membantu survival bilangan
anak budgie yang lebih tinggi disebabkan ruang dalam yang lebih luas.

Budgie anda boleh membiak sepanjang tahun. Sekarang masalah anda bukan
untuk membiak budgie tapi bagaimana nak mengawal pembiakan budgie.
Setelah menghasilkan anak 2 -3 kali berturut-turut adalah dinasihatkan
budgie anda direhatkan daripada membiak untuk sementara. Mengeluarkan
nestbox dari sangkar adalah cara terbaik.
Jadual Breeding chart

ni
breeding chart. budgie mengambil masa 18 hari untuk mengeram dan
seterusnya menetaskan telur mereka. kalau dah lebih masa tu bermakna
telur tak menjadi disebabkan beberapa perkara.katakan budgie mula
mengeram pada 2hb Dec ( barisan paling atas), maka tarikh menetas adalah
pada 20hb Dec ( pada baris kedua).

Budgie
biasa berpasangan utk membiak. Tidak mustahil sekirangnya ade budgie
yang berpoligami ( lebih dari satu pasang ) Dua jantan untuk satu betina
atau sebaliknya. Ini akan menjamin survival anak yang tinggi. Tetapi
ini amat jarang berlaku. Sebaik2nya lebihkan jantan dari betina.
Sekiranya pergaduhan berlaku sesama jantan, ia tidak begitu serius,
tetapi pergaduhan sesama betina boleh menyebabkan kecacatan atau
kematian.

Kalau
nak jinakkan burung kena sabar. Cara saya biasanya dengan makanan. Biar
burung tu makan atas tangan tiap2 hari. Paling kurang tiga kali sehari.
Tak sampai seminggu nanti burung2 dah tak takut dengan kita. masuk je
reban berkumpul burung datang dekat kita. . Burung-burung ni bijak
kerana kita bukan ancaman pd dia tapi sumber makanan untuk diberikan
pada budgie...
Makanan Budgie
campurkan
sekoi + oat, 70% sekoi, 30% oat, kalau byk oat akan
cirit-birit....sekoi banyak tak kisah tahi kering dan burung pun
kenyang, tahan lama sikit...
Berikut adalah beberapa makanan yang disarankan oleh pemilik budgie.
01- Kambu Putih sebotol
02- Oat segera + Biskut kering sebekas
03- Kacang Hijau hancur sebekas
04- Selasih sebekas
05- Dedak (telur) + jagung hancur sebekas
06- Tulang sotong 3 keping (tulang sotong ader jual kat kedai ubat cina klau x dapat kat petshop)
07- Spray millet seminggu skali 10 tangkaiboleh
08- Roti gardenia sekeping sehari (spray dengan air supaya lembab sikit) Tetapi kalau burung ada cirit jangan bagi roti basah.
09- Jagung mentah seminggu 2 tongkol
10- Buah seminggu skali
11- Sayur hijau kadang2 atau rumput liar (barulah bulu nyer berkilat cantik)
12- Telur rebus hari2 (baru nak blajar makan)
13- Nasi kadang2
14- Kacang hijau (Rendam dahulu selama 12 jam untuk lembut/kembangkan kacang hijau)
15- Dedak ayam HITAM (Untuk menggemukkan dan merpercepatkan tumbesaran burung)
*Note: Makanan segar ni cepat basi, kalau tak habis dalam masa 24 jam eloklah dibuang sahaja.
Ni ubat-ubat yg diberikan pada Budgie
nicilin-505
(poultry medicine) & pets vitaminnicilin-505 untuk cirit-birit,
selsema, penyakit system nafaspets vitamin pula utk kesakitan, sebelum
hamil, selepas bersalin dan x berselera.
Sumber :
Bukandoktorveterinar