Jumaat, 20 April 2012

Ribuan Manusia Menyaksikan Hukuman Bunuh Dan Gantung Di Arab Saudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Riyadh,Saudi Arabia- Jumaat- Satu hukuman bunuh kembali dan gantung telah dilaksanakan selepas Asar terhadap seorang lelaki Sudan yang telah melakukan jenayah bunuh,rompak,memperkosa wanita selepas kematian dan cubaan untuk meletupkan rumah wanita tersebut.Lelaki sudan itu juga didakwa kerana telah mencuri wang dari kediaman wanita tersebut sekitar SR 300 000.


Kelihatan Mayat Sedang Dipacak Di Tiang Untuk Pengajaran Kepada Orang Ramai

Hukuman ini telah diajatuhkan berdasarkan keterangan dan dan bukti-bukti yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tamyeez dan lelaki tersebut telah sabit kesalahannya.Beribu-ribu penduduk rakyat Arab Saudi datang untuk menyaksikan hukuman Allah ini dilaksanakan untuk mengambil pengajaran dan iktibar di atas kesalahan yang dilakukan.Sesungguhnya hukum Islam yang dilaksanakan adalah untuk mendidik dan mengajar manusia supaya menjauhi jenayah dan maksiat-maksiat yang boleh menyebabkan kita terperangkap melakukan jenayah.

Untuk pengetahuan,kami rakyat Malaysia yang tinggal di sini juga berpeluang menyaksikan pelaksanaan hukuman ini bagi mengambil pengajaran dan menimba pengalaman menyaksikan hukuman secara live di dataran terbuka yang dipenuhi oleh rakyat yang menyaksikan pelaksanaan tersebut.Beginilah keadaan suasana apabila ribuan manusia datang untuk menyaksikan hukaman Allah.Semoga Allah mengampuni lelaki Sudan tersebut dan kita semua…

continue reading